93 pegawai imigresen naik pangkat

93 pegawai imigresen naik pangkat

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Ogos – Seramai 93 pegawai Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) telah dinaikkan pangkat dan menerima tanda pangkat di bahu masing-masing pada majlis yang berlangsung di Bilik Serba Guna, Ibu Pejabat JIPK, di sini, kelmarin.

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian tanda pangkat ialah Pemangku Pengarah Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Awang Azmi bin Haji Hafneh.

Turut hadir ialah timbalan pengarah pendaftaran kebangsaan, Penolong Pengarah Imigresen, Dayang Refa’ah binti Ali Osman selaku pengerusi majlis, penolong-penolong pengarah, para pegawai serta kakitangan JIPK.

Daripada jumlah pegawai yang dinaikkan pangkat, lapan dinaikkan kepada tiga pip, sembilan kepada dua pip, 18 tiga garis, 18 bagi dua garis dan 18 orang lagi bagi satu garis.

Awang Azmi menyampaikan tanda pangkat kepada salah seorang pegawai imigresen.
Awang Azmi menyampaikan tanda pangkat kepada salah seorang pegawai imigresen.

Majlis turut diselajurkan dengan penyampaian sijil kursus asas dan tanda pangkat bagi 22 pegawai imigresen yang baru berkhidmat pada tahun 2015.

Pegawai-pegawai imigresen yang baru berkhidmat berkenaan telah menamatkan kursus tiga bulan, bermula 11 Mei hingga 24 Ogos 2015, yang antara lain berobjektif untuk memupuk kefahaman mengenai akta, peraturan dan dasar yang dilaksanakan oleh jabatan dan mengenali peranan serta tanggungjawab bahagian-bahagian di bawah JIPK.

Pegawai baru berkhidmat juga didedahkan dengan lawatan ke agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dengan bidang tugas jabatan.

Kursus asas kali ini merupakan perlaksanaan signifikan yang mana pegawai-pegawai baru berkenaan diberikan latihan pengenalan kawad kaki oleh pegawai-pegawai jabatan itu sendiri.

ARTIKEL YANG SAMA