94 peserta meriahkan Perlumbaan Mountain Bike

94 peserta meriahkan Perlumbaan Mountain Bike

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Mei – Para pelumba lelaki dan wanita basikal gunung beraksi untuk menunjukkan kehebatan dan merebut gelaran juara dalam Perlumbaan Mountain Bike anjuran Majlis Sukan Pasukan Polis Diraja Brunei di Taman Rekreasi Hutan Simpan Berakas, hari ini.

Para pemenang acara perlumbaan itu menerima hadiah yang disampaikan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, SAC Mohammad Irwan Haji Hambali.

Sebanyak lima kategori dipertandingkan dalam acara yang diadakan buat kali pertama itu iaitu Kategori Downhill yang disertai seramai 14 orang peserta, Kategori Lelaki Veteran disertai oleh 28 orang peserta, Kategori Terbuka Wanita yang menyaksikan penyertaan lima orang peserta, Kategori Lelaki Terbuka disertai 26 orang peserta dan Kategori Junior Lelaki 21 tahun ke bawah disertai oleh sembilan orang peserta.

SAC Mohammad Irwan bergambar ramai dengan para pemenang kategori lelaki veteran.
SAC Mohammad Irwan bergambar ramai dengan para pemenang kategori lelaki veteran.

Kategori Downhill telah dimenangi oleh Nick manakala Kategori Veteran Lelaki dimenangi oleh Amir Jamri. Kategori Wanita Terbuka pula dimenangi oleh Christina Fah manakala Kategori Lelaki Terbuka dimenangi oleh Mohd Rafiudin bin Haji Zakaria dan Kategori Junior Lelaki dimenangi oleh Faisal.