95 fakir miskin terima agihan daging korban

95 fakir miskin terima agihan daging korban

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Sept – Seramai 95 orang asnaf fakir miskin, yang terdiri daripada 51 orang ketua keluarga dengan 44 orang tanggungan di bawahnya, kelmarin, menerima agihan daging-daging korban daripada Jabatan Mufti Kerajaan dan Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) dalam Majlis Ibadah Korban kedua-dua institusi tersebut.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis yang berlangsung di Masjid Kampung Lambak, Berakas ialah Ketua Pegawai Istinbat Jabatan Mufti Kerajaan, Dr. Haji Japar bin Haji Mat Dain yang turut menyempurnakan penyembelihan binatang korban.

Majlis ini merupakan kesepakatan antara kedua-dua institusi berkenaan yang telah berjalan selama lebih 15 tahun sejak tahun 1999.

Pada tahun ini, dua ekor lembu, 10 ekor kerbau dan tiga ekor kambing dikorbankan.

Dr. Haji Japar ketika menyembelih binatang korban di majlis tersebut.
Dr. Haji Japar ketika menyembelih binatang korban di majlis tersebut.
Antara yang hadir semasa majlis korban tersebut.
Antara yang hadir semasa majlis korban tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA