95 pelajar cemerlang diraikan

95 pelajar cemerlang diraikan

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Mei – Seramai 95 pelajar Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar, Lambak Kanan, baru-baru ini telah diraikan pada Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil bagi Anugerah Pelajar Cemerlang kali ke-20 yang berlangsung di dewan serba guna, sekolah berkenaan.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyempurnakan penyampaian sijil ialah Penolong Pengarah Ketua Unit Profesional di Kementerian Pendidikan, Awang Nordin bin Haji Mohammad.

Awang Nordin dalam ucapannya melahirkan perasaan penghargaan terhadap para ibu bapa dan juga guru atas sokongan dan dorongan yang telah diberikan kepada para pelajar untuk mencapai kejayaan mereka.

pg10_160504_b

Awang Nordin ketika menyampaikan hadiah dan sijil kepada salah seorang pelajar yang menerima Anugerah Pelajar Cemerlang kali ke-20.
Awang Nordin ketika menyampaikan hadiah dan sijil kepada salah seorang pelajar yang menerima Anugerah Pelajar Cemerlang kali ke-20.

Majlis kemudian diselitkan dengan ucapan motivasi daripada salah seorang pelajar terbaik, Dayang Amirah Atikah binti Haji Jazlan yang mengongsikan nasihat dan cara-cara untuk menghadapi peperiksaan.

Beberapa persembahan daripada para pelajar turut menyerikan lagi majlis itu yang diakhiri dengan bacaan doa selamat.