95,000 tentera Rusia adakan latihan

95,000 tentera Rusia adakan latihan

MOSCOW, 14 Sept (AFP) – Rusia hari ini melancarkan latihan ketenteraan yang terbesar tahun ini, Centre-2015 dengan melibatkan kira-kira 95,000 askar termasuk unit tentera darat, laut d an udara.

Latihan perang yang lama diumumkan itu adalah ‘latihan skala paling besar bagi tahun 2015,” menurut kementerian pertahanan.

Rusia baru-baru ini memperkukuhkan pemeriksaan kilat ke atas kekuatan tenteranya, menguji keupayaannya bermula dari Artik ke Far East ketika hubungan dengan Barat telah terlibat dalam selepas Perang Dingin berhubung krisis Ukraine.

Centre-2015 diadakan di 20 tempat seluruh daerah tentera tengah Rusia, yang merangkumi dari Sungai Volga hingga ke pergunungan Ural dan Siberia di timur, yang juga termasuk di jauh utara Rusia.

Tentera dari negara-negara anggota Persatuan Perjanjian Keselamatan Kolektif (CSTO) yang diketuai Rusia, terdiri daripada beberapa buah negara-negara bekas Soviet, yang juga terlibat dalam latihan itu.

Kementerian pertahanan mengatakan latihan perang itu adalah bertujuan untuk menguji kesediaan tentera negara-negara CSTO untuk ‘menguruskan kumpulan tentera gabungan dalam membendung konflik bersenjata antarabangsa’.

Tentera itu akan mensimulasikan ‘sekatan dan memusnahkan formasi bersenjata haram semasa operasi khas bersama itu,’ menurut kementerian.

Latihan itu bermula ketika para pemimpin akan tiba di Tajikistan bagi menghadiri sidang kemuncak CSTO yang bermula Selasa.

Latihan yang akan berlangsung sehingga 20 September turut disertai 20 kapal tentera laut dan sekitar 170 pesawat udara, menurut kementerian.

Presiden Vladimir Putin akan memperhatikan latihan berkenaan pada hari yang ditetapkan, laporan akhbar harian Rusia, Izvestia minggu lalu tanpa memberi butiran lanjut.