96 terima sumbangan di Masjid Sultan Sharif Ali, Sengkurong

96 terima sumbangan di Masjid Sultan Sharif Ali, Sengkurong

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Jun – Seramai 96 orang anak yatim dari Kampung Sengkurong A, Kampung Sengkurong B dan Kampung Tanjung Nangka diraikan di Majlis Penyampaian Derma Anak-anak Yatim yang berlangsung di Masjid Sultan Sharif Ali, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian derma ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohd Yusof.

Turut hadir ialah Penghulu Mukim Sengkurong, Haji Musa bin Haji tahir, Ketua Kampung Sengkurong A, Haji Abdullah Hanif bin Haji Saman, dan Ketua Kampung Tanjung Nangka, Haji Lamat bin Nawang.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang kemudiannya diteruskan dengan ucapan oleh Pengerusi Jawatankuasa Takmir Masjid Sultan Sharif Ali, Awang Rozisham bin Haji Chuchu.

pg05_150629_g

Tetamu kehormat menyampaikan sumbangan derma kepada anak-anak yatim.
Tetamu kehormat menyampaikan sumbangan derma kepada anak-anak yatim.

Selepas penyampaian derma, majlis diselajurkan dengan bacaan tahlil dan doa arwah sebelum ditutup dengan acara berbuka puasa dan solat fardu Maghrib berjemaah.

Daripada senarai yang diberikan Jawatankuasa Takmir Masjid Sultan Sharif Ali Kampung Sengkurong selaku penganjur, seramai 25 penerima derma adalah dari Kampung Sengkurong A, 52 dari Kampung Sengkurong B dan 19 lagi dari Kampung Tanjung nangka.

ARTIKEL YANG SAMA