97 kumpulan mulakan pendakian Everest

97 kumpulan mulakan pendakian Everest

KATHMANDU, 10 Mei (Xinhua) – Sebanyak 97 kumpulan ekspedisi pendaki gunung yang terdiri daripada 1,432 anggota daripada pelbagai negara sedang mendaki kemuncak berlainan di Nepal pada musim ini, menurut Jabatan Pelancongan.

Daripada 97, 34 kumpulan telah pun bertolak ke kemuncak tertinggi di dunia Gunung Everest. “Pelancongan mendaki gunung tidak merosot dan terus menarik pelancong meskipun gempa bumi yang teruk pada tahun lalu,” kata Ketua Pengarah Jabatan Pelancongan Sudarshan Prasad Dhakal semalam.

Kerajaan telah membuka kebenaran untuk ekspedisi ke 476 gunung berlainan. Jabatan Pelancongan, badan berkuasa untuk mengeluarkan permit mendaki untuk Gunung Everest, telah mengeluarkan permit mendaki kepada 289 pendaki untuk Gunung Everest sahaja selepas berhenti selama dua tahun berturut-turut.

Bulan April hingga Mei merupakan musim pendakian utama ke Gunung Everest. – AP
Bulan April hingga Mei merupakan musim pendakian utama ke Gunung Everest. – AP

Bulan April-Mei adalah musim pendakian utama ke kemuncak tertinggi dunia dan kemuncak lain seperti Gunung Lhotse, Annapurna, Makalu dan Gunung Nuptse di negara Himalaya.

Ketibaan sejumlah besar pendaki gunung di negara yang sedang bergelut untuk memulihkan pelancongan yang terjejas oleh gempa bumi telah menambah harapan usahawan pelancongan.

Hanya pada Ahad, kerajaan dalam dasar dan program tahunannya mengumumkan tahun 2018 sebagai Tahun Melawat Nepal dengan sasaran membawa masuk satu juta pelancong.

ARTIKEL YANG SAMA