97 pemain muda sertai BSSSA

97 pemain muda sertai BSSSA

Oleh Hasrulraizan

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Mac – Festival Mini Kali Pertama Akademi Bolasepak Sekolah Sukan Brunei (BSSSA) 2016 berjaya menarik penyertaan seramai 97 orang pemain berusia di bawah sembilan tahun hinggalah yang berumur 15 tahun.

Festival telah dibahagikan kepada tiga kategori iaitu ‘Bawah 9 Tahun’ (U9) dengan pasukan-pasukan yang menyertainya diberikan nama kuih asli Brunei, ’10 hingga 12 Tahun’ dengan nama destinasi menarik negara ini menjadi pilihan nama pasukan dan ’13 hingga 15 Tahun’ dengan menggunakan nama warna bagi pasukan yang menyertainya.

Dalam Kategori U9, Team Bingka muncul juara, disusuli Team Bahulu selaku naib juara dan Team Kuih Mor di tempat ketiga.

Kategori 10 hingga 12 Tahun pula dijuarai oleh Tasik Lama, diikuti Bukit Shahbandar sebagai naib juara dan Batang Duri pula memenangi tempat ketiga.

Juara Kategori 10-12 Tahun, Tasik Lama bersama Awang Azrin.
Juara Kategori 10-12 Tahun, Tasik Lama bersama Awang Azrin.

Merah menjuarai Kategori 13 hingga 15 Tahun, sementara Biru muncul naib juara dan Hitam berpuas hati meraih tempat ketiga.

Hadir menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Timbalan Pengetua (Sukan) Sekolah Sukan, Awang Azrin bin Aji.

Festival Mini seumpama-nya sering diadakan dua kali setahun oleh BSSSA sebelum kemuncak acaranya berupa Festival Bolasepak utama pada Disember 2016 nanti, yang merupakan penganjuran kali ketiganya selepas dimulakan pada 2014.

ARTIKEL YANG SAMA