97 penumpang selamat selepas feri karam

97 penumpang selamat selepas feri karam

SINGAPURA, 30 Nov (Bernama) – Seramai 97 penumpang feri ‘Sea Prince’ diselamatkan selepas feri berkenaan terlanggar objek terapungdan terkandas ketika dalam perjalanan dari Batam, Indonesia menuju ke Singapura semalam.

Jurucakap Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian itu yang berlaku pukul 9.45 malam, melibatkanferi berdaftar di Indonesia yang terlanggar objek terapung selepas meninggalkan terminal feri Nongsapura, Batam.

Feri yang membawa 51 penumpang warga Singapura dan tujuhkru itu dilaporkan berada di perairan Indonesia sewaktu insiden berlaku.

Jurucakap MPA memaklumkan bahawa sejurus menerima laporan, pengusaha feri itu menghantar dua feri untuk membawa penumpang terlibat ke terminal feri Nongsapura. Kesemua penumpang yang diselamatkan berada dalam keadaan stabil.