Angka korban ‘ribut asma’ di Australia meningkat

Angka korban ‘ribut asma’ di Australia meningkat

SYDNEY, 27 Nov – Angka korban dari episod ‘ribut asma’ meningkat kepada enam dan tiga orang lagi dalam keadaan kritikal, menurut pihak berkuasa hari ini, ketika mereka menilai kesan sampingan dari peristiwa yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Empat mangsa, berusia dari 18 hingga 35 tahun pada minggu lalu dikaitkan dengan fenomena cuaca luar biasa, yang mana ribut yang bersama dengan pendebungaan tinggi dan mengakibatkan lebih 8,500 orang pesakit dimasukkan ke bahagian kecemasan hospital.

Peristiwa luar biasa ini di negeri selatan, Australia, Victoria mencetuskan masalah pernafasan bagi asma dan penghidap demam alergi. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA