A3 rai ulang tahun ke-20

A3 rai ulang tahun ke-20

BAVARIA, Jerman, 21 Sept – Kenderaan jenama mewah Audi A3 telah meraikan ulang tahun pengeluarannya ke-20 baru-baru ini di Ingolstadt.

Tepat 20 tahun lalu, pada 18 September 1995, Audi A3 pertama muncul dari barisan pengeluaran di kilang Audi di Ingolstadt yang menjadi peristiwa penting syarikat berkenaan.

Sejak itu Kumpulan Audi telah membina lebih 3.5 juta unit model berjaya ini di seluruh dunia. Hari ini, salah sebuah dari lima kereta Audi yang dikeluarkan datangnya dari barisan model ini.

Pada waktu yang sama, Audi A3 adalah kereta unggul apabila berkaitan sistem pemanduan alternatif – seperti yang diperlihatkan oleh pengeluaran fleksibel AS Sportback etron, A3 Sportback g-tron dan model-model klasik A3. Kesemuanya dibina di barisan pengeluaran sama di kilang Ingolstadt.

“Audi A3 sudah pun 20 tahun – itu adalah 20 tahun kejayaan kelas kompak. Pada masa itu, kami mengasaskan segmen baru dengan A3.

Tiga generasi A3 keluaran Audi yang meraikan ulang tahun ke-20 pada 18 September lalu.
Tiga generasi A3 keluaran Audi yang meraikan ulang tahun ke-20 pada 18 September lalu.

Hari ini, keluarga A3 adalah komponen tetap barisan model kami,” kata Profesor Hubert Waltl, Anggota Lembaga Pengeluaran Audi.

“Audi 3 selama dua dekad – dan di belakangnya adalah pasukan pengeluaran yang begitu berkelayakan. Tanpa mereka, kisah kejayaan ini tidak akan dapat dibayangkan.”

Peter Mosch, Pengerusi Majlis Kerja Umum Audi: “Audi A3 adalah tunggak sangat kuat bagi melindungi pekerjaan.”

“Sebab itu sokongan Majlis Kerja terus meneruskan pengeluaran model penting seumpama ini di sini di kilang dalam negara, di Ingolstadt.

“Pertumbuhan pekerjaan dalam tempoh 20 tahun lalu saja mengesahkan ini adalah laluan betul.”

Apabila ia membuat kemunculan sulungnya, Audi A3 telah pun menetapkan standard baru dalam kelas kompak dengan ciri-ciri sport, kemahiran buatan berkualiti tinggi dan pilihan sistem empat tayar.

Di tapak pengeluaran Ingolstadt, teknologi pengeluaran inovatif dan fleksibel maksimum dalam pembuatan badan telah menjamin kualiti tinggi ini sehingga hari ini.

Di sini Audi menghasilkan model Audi A3, A3 Sportback, A3 Sportback e tron dan A3 Sportback g tron. Pada 2014 sahaja, ia mewakili sejumlah 188,465 automobil.