AAC prihatin pelajaran anak-anak

AAC prihatin pelajaran anak-anak

Oleh Anwar Rosly

KUALA BELAIT, 4 Feb – Dalam membantu melahirkan pelajar-pelajar cemerlang dalam Peperiksaan ‘O’ Level pada tahun ini, Maktab Anthony Abel (AAC) Seria berhasrat melibatkan ibu bapa dengan lebih dekat lagi dalam pelajaran anak-anak.

Timbalan Pengetua Akademik ACC, Dayangku Mas Juelana binti Pengiran Abdul Rahman seterusnya berkata, keprihatinan ibu bapa dalam memantau prestasi dan kemajuan anak-anak mereka amat penting sekali dan salah satu cara pihak sekolah membantu kedua-duanya adalah dengan menyediakan kertas-kertas Peperiksaan ‘O’ Level yang lalu kepada mereka bagi sebarang rujukan bersama.

“Selain itu, pihak sekolah juga menyediakan sebuah Buku Ikrar di mana para ibu bapa boleh melihat kemajuan dan prestasi pelajaran anak-anak mereka, melihat secara terperinci perlaksanaan pelajar-pelajar dalam tugasan yang diberikan dan terutama dalam sebarang peperiksaan kecil.”

Semasa ditemui Media Permata, selepas berakhirnya sesi Minggu Ikrar yang berlangsung selama tiga hari, pagi tadi, beliau turut melahirkan harapan agar para ibu bapa dan pelajar-pelajar akan dapat menggunakan buku ikrar tersebut dengan sebaik-baiknya.

Haji Ali Yusri bin Abdul Ghafor menyampaikan ceramah pada Minggu Ikrar AAC.
Haji Ali Yusri bin Abdul Ghafor menyampaikan ceramah pada Minggu Ikrar AAC.
Pengetua ACC membentangkan kertas kerja beliau kepada ibu bapa yang hadir.
Pengetua ACC membentangkan kertas kerja beliau kepada ibu bapa yang hadir.
Para ibu bapa bersama anak masing-masing semasa Minggu Ikrar  AAC.
Para ibu bapa bersama anak masing-masing semasa Minggu Ikrar AAC.
Para ibu bapa melihat sepanduk ikrar AAC dengan lebih dekat lagi.
Para ibu bapa melihat sepanduk ikrar AAC dengan lebih dekat lagi.

Dalam acara terakhir Program Minggu Ikrar itu, para ibu bapa dipelawa untuk menulis ikrar dan menyenaraikan tanggungjawab mereka dalam kemajuan akademik anak-anak mereka serta menyematkan lencana Minggu Ikrar AAC kepada anak-anak mereka sebagai tanda simbolik bahawa sinonim dengan pelajar-pelajar yang mengikuti dan mendalami moto sekolah ‘Our Word Is Our Bond’ atau ‘Kata-kata Itu Biarlah Kota’. Para ibu bapa berkenaan juga berjanji untuk melibatkan diri secara lebih rapat lagi dalam pendidikan anak-anak mereka serta berkongsi harapan mereka demi kejayaan anak-anak dan kemajuan sekolah.

Program itu melibatkan para pelajar mendengar taklimat kerjaya serta menyertai aktiviti seperti membuat ‘AAC Pledge’ mereka sendiri.

ARTIKEL YANG SAMA