Aaron Mooy sertai Man City

Aaron Mooy sertai Man City

SYDNEY, 30 Jun (AFP) – Aaron Mooy dari Australia kini menyertai kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City bagi tempoh tiga tahun, menurut pengumuman kelab tersebut hari ini.

Perancang kreatif ini yang bersama kelab lamanya, Melbourne City pada musim 2015/2016, menjaringkan sebanyak 11 gol, selain mencatatkan 21 bantuan dalam saingan Liga-A.

Melbourne City dulunya dikenali sebagai Melbourne Heart. Ia dijenamakan semula pada 2014 selepas dibeli oleh Kumpulan Abu Dhabi United menerusi City Football Group (CFG), yang juga pemilik Man City.

Pengarah Urusan CFG, Brian Marwood, dalam kenyataan media menyifatkan Aaron sebagai pemain yang berbakat besar dan berharap beliau dapat merapatkan lagi hubungan dalam CFG.

“Menerusi model unik yang disediakan CFG, perpindahan Aaron ke Manchester membolehkan kami memberi lebih peluang kepadanya.

Aaron Moy kini akan bermain bagi kelab Manchester City. – AFP
Aaron Moy kini akan bermain bagi kelab Manchester City. – AFP

Mooy yang sudah beraksi bersama pasukan kebangsaan Australia sebanyak 15 kali, mungkin dipinjamkan kepada kelab lain jika dia gagal mendapat tempat seperti yang berlaku kepada beberapa pemain negara itu sebelum ini.

Pemain tengah bertahan, Luke Brattan, yang berpindah ke Man City pada Oktober lalu, ketika ini beraksi bersama Bolton Wanderers dan dijangka dipinjamkan kepada kelab francaisi Melbourne pada saingan Liga-A musim depan.

CFG pada masa ini memiliki kelab Major League Soccer, New York City, selain saham minoriti kelab Jepun, Yokohama F Marinos.

Terbaharu, media melaporkan konsortium berkenaan dijangka melebarkan saya ke Liga Super China.

ARTIKEL YANG SAMA