Abang bunuh adik selebriti media sosial

Abang bunuh adik selebriti media sosial

ISLAMABAD, 17 Julai – Abang seorang bintang media sosial kontroversi Pakistan, ditangkap semalam kerana membunuhnya, selepas mengakui mencekik Qandeel Baloch bagi ‘menjaga maruah’ kata polis hari ini.

Pembunuhan Baloch yang terkenal bagi gambar-gambar selfie dan video yang mengikut standard Barat tampak sopan, namun memecahbelahkan di Pakistan yang konservatif Muslim, mencetuskan kejutan dan rasa jijik ke seluruh negara.

Abangnya Muhammad Wasim diberkas lewat semalam, kata ketua polis Multan City, Azhar Akram memberitahu AFP.

“Wasim mengakui jenayahnya, mengatakan dia membunuh adiknya bagi menjaga maruah keluarga selepas video-video terbarunya yang tidak menyenangkan dipos di Facebook,” katanya.

Wasim memberitahu polis dia memberi dadah kepada adiknya dan kemudian mencekiknya.

Sanak saudara dan penduduk mengusung keranda selebriti media sosial, Qandeel Baloch (gambar bawah) semasa pengebumiannya di kampung Shah Sadar Din, 130km dari Multan, 17 Julai. Abangnya ditangkap kerana membunuhnya selepas mengaku dia mencekik Qandeel bagi pembunuhan ‘kehormatan,’ kata polis. – AFP
Sanak saudara dan penduduk mengusung keranda selebriti media sosial, Qandeel Baloch (gambar bawah) semasa pengebumiannya di kampung Shah Sadar Din, 130km dari Multan, 17 Julai. Abangnya ditangkap kerana membunuhnya selepas mengaku dia mencekik Qandeel bagi pembunuhan ‘kehormatan,’ kata polis. – AFP

pg14_160718_c

Baloch, dipercayai berusia 20an dan nama sebenarnya Fauzia Azeem, menjadi terkenal kerana pos-pos Facebooknya yang provokasi yang menyaksikan dia dipuji oleh segelintir kerana memecahkan tabu sosial namun dikecam beberapa konservatif.

Dia dibunuh pada malam Jumaat di kediaman keluarganya berhampiran Multan. Wasim melarikan diri dan diberkas lewat Sabtu di daerah jiran Muzaffargarh.

Dalam satu aduan polis, bapanya menuduh Wasim membunuh Baloch untuk kehormatan kerana ‘dia mahu dia berhenti daripada dunia hiburan.’

Beratus-ratus wanita dibunuh bagi ‘maruah’ setiap tahun di Pakistan. Pembunuh lazimnya akan bebas kerana undang-undang membenarkan keluarg a mangsa memaafkan pembunuh—yang biasanya adalah salah seorang saudaranya. –AFP

ARTIKEL YANG SAMA