Abang Muhammad Huzairie wakili ITB di kejohanan INTI 2015

Abang Muhammad Huzairie wakili ITB di kejohanan INTI 2015

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Jun – Abang Muhammad Huzairie bin Abang Muhammad Ali baru-baru ini telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Terbuka Skuasy Antarabangsa INTI 2015. Beliau yang mewakili Institut Teknologi Brunei (ITB) berentap dalam Kategori Terbuka dan berjaya memenangi tiga daripada lima perlawanan yang berlangsung di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, Malaysia dari 10 Jun hingga 14 Jun lalu.

Dalam satu kenyataan, Abang Muhammad Huzairie berkata beliau gembira mewakili ITB untuk kali terakhir kerana beliau akan menamatkan pengajian tahun ini.

“Saya agak berpuas hati dengan prestasi saya secara keseluruhan tetapi saya tahu saya boleh melakukan yang lebih baik. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pegawai ITB CCA Pengiran Md. Nazri kerana menyokong inisiatif saya untuk kejohanan ini dan juga bekas jurulatih saya Tarmidi Saad yang banyak membantu saya di sini,” katanya.

Abang Muhammad Huzairie yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Terbuka Skuasy Antarabangsa INTI 2015.
Abang Muhammad Huzairie yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Terbuka Skuasy Antarabangsa INTI 2015.