Abbas hadiri pengebumian Peres

Abbas hadiri pengebumian Peres

BAITULMAQDIS, 30 Sept – Pemimpin-pemimpin dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan Putera Charles telah menghadiri pengebumian bekas perdana menteri Israel dan pemenang Nobel Peace Prize Shimon Peres hari ini di bawah keselamatan yang ketat dan besar-besaran.

Presiden Palestin, Mahmud Abbas adalah antara tetamu yang menghadiri majlis pengebumian tersebut di tanah perkuburan negara Baitulmaqdis di Gunung Herzl dan beliau duduk di barisan hadapan, dimana menurut laporan ia adalah atas permintaan keluarga Peres.

Abbas mengenali Peres dengan baik dan berunding bersamanya. Dalam satu langkah yang jarang berlaku, dia telah berjabat tangan dan bercakap secara ringkas dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu semasa ketibaan beliau.

Pasukan keselamatan mengambil langkah berjaga-jaga yang ketat sejurus pengebumian bermula, dengan menutup jalan-jalan dan beribu-ribu pegawai dikerahkan.

Kira-kira 70 negara diwakili, dari pelbagai pemimpin dunia telah membuat penghormatan terakhir kepada Peres.

Mahmoud Abbas (tengah), duduk bersama Presiden Majlis Eropah, Donald Tusk, (kiri), semasa menghadiri pengebumian bekas Presiden Israel, Shimon Peres, 93, di Tanah Perkuburan Pergunungan Herzl di Baitulmaqdis, kelmarin. - AP
Mahmoud Abbas (tengah), duduk bersama Presiden Majlis Eropah, Donald Tusk, (kiri), semasa menghadiri pengebumian bekas Presiden Israel, Shimon Peres, 93, di Tanah Perkuburan Pergunungan Herzl di Baitulmaqdis, kelmarin. – AP

Peres meninggal dunia Rabu lalu pada usia 93 tahun. Dianggarkan 50,000 orang mengelilingi kerandanya bagi membuat penghormatan terakhir yang terletak di luar Parlimen di Baitulmaqdis sepanjang hari kelmarin.

Bekas Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton adalah antara yang hadir memberi penghormatan terakhir di sana. Clinton telah membantu memupuk perjanjian damai Oslo antara Israel dan Palestin pada tahun 1990, menjadikan Peres dinobatkan untuk Anugerah Nobel tersebut. Obama tiba pagi hari ini dan merancang untuk berlepas selepas majlis itu.

Peres dimasukkan ke hospital pada bulan Januari lalu kerana masalah jantung, tetapi beliau kembali bekerja setelah dikeluarkan dari hospital tersebut. – AFP