Abbas tarik balik tutup PPC

Abbas tarik balik tutup PPC

RAMALLAH, Tebing Barat, 28 Ogos – Presiden Palestin Mahmoud Abbas menarik balik keputusannya untuk menutup Pusat Perdamaian Palestin (PPC) yang dibiayai antarabangsa yang dikendalikan oleh pesaing politiknya berikutan campur tangan Eropah, menurut pegawai-pegawai semalam.

Pakatan Damai Palestin (PPC) mempromosikan, bersama-sama dengan para aktivis Israel, rancangan tidak rasmi, – dikenali sebagai inisiatif Geneva – bagi penubuhan negara Palestin dan menamatkan konflik negara Israel.

Dekri presiden yang dikeluarkan minggu lepas mengarahkan supaya PPC ditutup dan asetnya di bandar Ramallah di tebing Barat dipindahkan ke Kementerian Penerangan.

Bagaimanapun seorang pegawai Palestin, yang enggan dikenali, berkata para penyokong Eropah ke atas pusat itu terutama Switzerland, memberikan tekanan agar kerajaan terus membukanya.

“Dari segi undang-undang, keputusan sebelum ini adalah ditarik balik,” kata penasihat undang-undang Abbas, Hassan Al-Auri.

Seorang diplomat Palestin, yang turut enggan dikenali, berkata surat sudah dihantar kepada Kementerian luar Switzerland oleh rakan sejawat Palestin di Ramallah yang berikrar bahawa PPB akan terus beroperasi.

Pejabat Abbas tidak memberikan sebab kenapa keputusan asal untuk menutup PPB tetapi ia secara meluas dilihat sebagai percubaan untuk mengetepikan Yasser Abed Rabbo, yang mengendalikan pusat itu dan merupakan Setiausaha Agung Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) sehingga pemecatannya yang tidak dijangka bulan lepas oleh presiden.

Abed Rabbo, yang merupakan orang nombor dua Abbas dalam PLO, kebelakangan ini terlalu banyak membuat kritikan ke atas beberapa keputusan yang dibuat oleh presiden.

PPC ditubuhkan pada 2003, dengan sokongan bekas presiden Yasser Arafat, dalam bidaan untuk mempromosi perdamaian dengan Israel.

Ia kebanyakannya dibiayai oleh Switzerland, Kesatuan Eropah (EU), Belanda, Sweden dan Denmark. – Reuters