Abbott hadapi cabaran kepimpinan

Abbott hadapi cabaran kepimpinan

SYDNEY, 14 Sept (AFP) – Menteri Australia yang menonjol, Malcolm Turnbull hari ini mencabar Perdana Menteri Tony Abbott bagi kepimpinan Parti Liberal, dengan mengatakan perdana menteri tidak boleh memenangi pilihan raya akan datang.

Dengan kerajaan campuran konservatif tertekan dalam tinjauan pendapat, Turnbull berkata, pentadbiran Abbott tidak mampu menyediakan ‘kepimpinan ekonomi yang diperlukan oleh negara kita.”

“Saya telah menemui perdana menteri dan menasihatkan beliau bahawa saya akan mencabar beliau bagi kepimpinan Parti Liberal, dan saya meminta beliau mengaturkan atau memudahkan pertemuan di bilik parti untuk membolehkan pengundian kepimpinan diadakan,” Turnbull berkata di Canberra.

Turnbull, seorang jutawan bekas barrister dari kawasan pengundian kelas tertinggi Sydney, telah lama dianggap pencabar utama Abbott yang pernah meraih kuasa dari parti Buruh yang berbahagi pada tahun 2013.

Awal hari ini, Abbott mengenepikan spekulasi tentang cabaran itu, dengan memberitahu para pemberita; “Saya hanya tidak akan terperangkap dalam gosip Canberra, saya tidak akan terlibat dalam permainan Canberra.”

Turnbull akan mencabar Abbott bagi kepimpinan Parti Liberal. - Reuters
Turnbull akan mencabar Abbott bagi kepimpinan Parti Liberal. – Reuters

Beliau belum lagi mengulas tentang langkah dari Turnbull yang telah meletak jawatan sebagai menteri perhubungan hari ini.

Abbott terselamat daripada ancaman terhadap kepimpinan beliau Februari lalu tetapi Turnbull berkata perdana menteri masih tidak dapat bersama-sama para pengundi menyokong kerajaan dan dasar beliau.

“Laluan tindakan ini digesa ke atas saya oleh ramai orang bagi tempoh lama,” Turnbull berkata, dengan menambah, dia belum mengambil ringan keputusan itu.

“Kita perlukan gaya kepimpinan berbeza.”

Turnbull berkata jika parti Liberal akan diteruskan bersama Abbott sebagai perdana menteri, pilihan raya seterusnya – yang dijangkakan diadakan pada tahun 2016, – akan tewas kepada parti pembangkang Bill Shorten, Parti Buruh.

“Sekarang jika kita terus bersama Encik Abbott sebagai perdana menteri, cukup jelas apa akan berlaku. Beliau tidak akan menjadi perdana menteri dan beliau akan diganti oleh Shorten,” kata Turnbull.

ARTIKEL YANG SAMA