Abbott kritik kepimpinan Turnbull

Abbott kritik kepimpinan Turnbull

SYDNEY, 29 Sept (AFP) – Pemimpin Australia yang telah disingkirkan, Tony Abbott mengkritik kerajaan baru hari ini, dengan mengatakan menawarkan dasar baru dan negara seharusnya berhenti bertukar-tukar perdana menteri ‘seperti menukar baju’

Abbott disingkirkan oleh rakan konservatifnya, Malcolm Turnbull dalam pengundian dikalangan ahli undangan parti memerintah, Parti Liberal awal bulan ini, ketika tinjauan pendapat menurun dua tahun dan dengan pilihan raya tinggal setahun lagi.

Pada masa itu, dia berikrar ‘tidak akan ada melemahkan dan serangan,” ketika dia berpindah kepada kerusi ahli parlimen biasa, tetapi dalam temu bual radio bekas pemimpin itu tidak dapat menahan diri dari mempertahankan legasinya.

“Perkara menarik ialah dasar tidak berubah sejak pertukaran perdana menteri,” kata Abbott.

“Perubahan iklim, sama. Dasar perlindungan sempadan, sama. Dasar keselamatan kebangsaan, sama,” katanya, dengan merujuk kepada isu-isu panas.

Penyingkiran Abbott adalah terbaru dalam kebiasaan politik kejam penyingkiran perdana menteri tidak popular dalam rampasan parti – ketua Buruh Kevin Rudd dan Julia Gillard juga telah disingkirkan pada penggal pertengahan.

“Kami telah mempunyai lima perdana menteri dalam tempoh lima tahun. Itu keadaan yang teruk. Itu meletakkan kita dalam liga Itali dan Greece,” kata Abbott, satu-satunya perdana menteri Australia yang memegang pucuk pemimpin melalui pemilihan umum pada tempoh separa dekat lalu.

“Kesukaran – ialah kerajaan tidak boleh melakukan yang perlu bagi kebaikan jangka panjang bagi negara jika anda bakal tewas dalam tinjauan pendapat dan kemudian akhirnya rampasan kuasa bilik parti,” dia memberitahu radio 2GB.

Australia mesti ‘lari dari konsep bertukar-tukar pemimpin in seperti menukar baju untuk sesuai dengan fesyen,” katanya.

Abbott menggesa parti dan para pengundi tetap pada kerajaan campuran konservatif, meskipun berat hati, ketika bersiap sedia untuk pilihan raya pada lewat 2016.

ARTIKEL YANG SAMA