Abbott pertahan integriti penguat kuasa

Abbott pertahan integriti penguat kuasa

SYDNEY, 16 Jun (AFP) – Pihak berkuasa Australia menjalankan tugas mengikut lunas undang-undang untuk menghalang bot-bot pencari suaka, Perdana Menteri Tony Abbott menegaskan hari ini, selepas terbit laporan kononnya para pegawai membuat pembayaran tunai kepada anggota kumpulan penyeludup manusia selama bertahun-tahun.

Kerajaan enggan menafikan laporan bahawa enam anak kapal warga Indonesia dibayar AS$5,000 setiap seorang untuk mengembalikan kapal pencari perlindungan ke Indonesia pada lewat Mei lalu, dengan mengatakan tidak ada ulasan akan dibuat berhubung isu operasi itu.

Indonesia mendesak bagi jawapan, dengan Naib Presiden Jusuf Kalla memberi amaran semalam bahawa membayar penyeludup manusia akan menyamai dengan “memberi rasuah”.

Abbott berkata sementara Australia akan melakukan “apa saja yang perlu” untuk bertindak ke atas penyeludup manusia, beliau yakin para pegawai telah bertugas mengikut undang-undang.

“Perkara paling bermoral yang boleh dilakukan di sini ialah untuk menghalang bot-bot itu kerana selagi bot-bot itu datang perdagangan penyeludupan manusia akan masih dalam perdagangan itu dan kematian berterusan,” Abbott memberitahu para pemberita di Canberra.”

Gambar fail bertarikh 11 Jun 2015 menunjukkan Tony Abbott (kiri) ketika pertemuannya dengan para delegasi Kemuncak Memerangi Keganasan Serantau di Sydney. – AFP
Gambar fail bertarikh 11 Jun 2015 menunjukkan Tony Abbott (kiri) ketika pertemuannya dengan para delegasi Kemuncak Memerangi Keganasan Serantau di Sydney. – AFP

Sydney Morning Herald hari ini melaporkan bahawa banyak sumber mengatakan pembayaran dibuat oleh para pegawai perisikan kepada mereka yang terlibat dengan penyeludupan manusia dalam tempoh empat tahun, termasuklah di bawah kerajaan Buruh sebelumnya.

Para pemimpin pembangkang Bill Shorten berkata Parti Buruh tidak pernah membayar penyeludup manusia supaya mengundurkan bot di laut, tetapi beliau tidak akan mengulas mengenai operasi perisikan tertentu.

ARTIKEL YANG SAMA