Abby bersara usia 35 tahun

Abby bersara usia 35 tahun

WASHINGTON, 29 Okt (Reuters) – Bintang Amerika Syarikat Abby Wambach yang menjaringkan gol terbanyak di peringkat antarabangsa berbanding pemain lain dalam sejarah bola sepak tidak kira lelaki atau wanita, berkata dia mahu bersara pada usia 35 tahun.

Abby yang dilahirkan di Rochester, New York dan sudah lama menjadi anggota skuad bola sepak wanita Amerika Syarikat, membuat pengumuman itu sejurus selepas pasukannya dijemput ke Rumah Putih oleh Presiden Barack Obama atas kejayaan memenangi Piala Dunia, Julai lalu.

Dia menjaringkan 184 gol dalam 252 perlawanan sepanjang karier selaku pemain bola sepak sejak 15 tahun lalu.

Gambar fail bertarikh 12 Mac 2007 menunjukkan Abby Wambach ketika beraksi pada perlawanan bola sepak wanita merebut Piala Algarve, AS menentang Sweden di Vila Real de Santo Antonio, selatan Portugal. – Agensi
Gambar fail bertarikh 12 Mac 2007 menunjukkan Abby Wambach ketika beraksi pada perlawanan bola sepak wanita merebut Piala Algarve, AS menentang Sweden di Vila Real de Santo Antonio, selatan Portugal. – Agensi

Abby berkata, dia akan bersara selepas skuad bola sepak AS melengkapkan jelajah mereka Disember ini. Perlawanan terakhirnya menentang China pada 16 Disember di New Orleans.

“Selepas membuat pertimbangan termasuk mengambil kira pandangan rakan, keluarga, rakan sepasukan dan jurulatih, saya memutuskan untuk menamatkan karier saya selaku pemain bola sepak,” kata Abby dalam satu kenyataan.

“Ketika kami masih lagi perlu melakukan banyak kerja untuk mengembangkan bola sepak wanita dan selepas kami berjaya membawa pulang Piala Dunia ke Amerika Syarikat, saya yakin masa depan sukan ini tetap cerah.”