ABDB hos Majlis Santap sempena Puja Usia

ABDB hos Majlis Santap sempena Puja Usia

Oleh Imelda Groves HA

Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Feb – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Jeneral Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, hari ini, telah berkenan berangkat ke Majlis Santap Petang Sempena Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia ke-42 Tahun yang disembahkan oleh ABDB.

Berangkat sama ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah.

Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia di Mes Pegawai Bolkiah Garison dijunjung oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit dan Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah dan Setiausaha Tetap di Kementerian Pertahanan, Datin Paduka Hajah Suriyah binti Haji Umar.

Sejurus keberangkatan, Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia serta kerabat diraja yang lain dijunjung bagi sesi bergambar ramai bersama pegawai-pegawai kanan Kementerian Pertahanan dan ABDB.

Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia kemudian dikenalkan kepada pegawai-pegawai kanan ABDB yang telah menghadiri kursus di luar negeri dan dua orang anggota ABDB yang telah memenangi kejohanan menembak di peringkat antarabangsa.

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Jeneral Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) berkenan memotong kek Hari Puja Usia ke-42 tahun yang disembahkan oleh ABDB.

Duli Yang Teramat Mulia berserta kerabat diraja yang lain berkenan berangkat ke Majlis Santap Petang.
Duli Yang Teramat Mulia berserta kerabat diraja yang lain berkenan berangkat ke Majlis Santap Petang.
Duli Yang Teramat Mulia berkenan menandatangani lembaran kenangan.
Duli Yang Teramat Mulia berkenan menandatangani lembaran kenangan.
Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia berkenan beramah mesra bersama para pegawai kanan ABDB.
Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia berkenan beramah mesra bersama para pegawai kanan ABDB.
Duli Yang Teramat Mulia berkenan menyaksikan senaskhah buku album gambar bertajuk ‘Sejambak Ristaan IX’.
Duli Yang Teramat Mulia berkenan menyaksikan senaskhah buku album gambar bertajuk ‘Sejambak Ristaan IX’.
Duli Yang Teramat Mulia berkenan menerima pesambah daripada ABDB.
Duli Yang Teramat Mulia berkenan menerima pesambah daripada ABDB.
Duli Yang Teramat Mulia berserta kerabat diraja yang lain berkenan menerima junjung ziarah daripada para pegawai tentera dan isteri masing-masing.
Duli Yang Teramat Mulia berserta kerabat diraja yang lain berkenan menerima junjung ziarah daripada para pegawai tentera dan isteri masing-masing.
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berserta kerabat diraja yang lain berkenan bergambar kenangan.

Seterusnya, Duli Yang Teramat Mulia berserta kerabat diraja yang lain berkenan menyaksikan tayangan klip video siri keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia ke Kementerian Pertahanan dan ABDB serta berkenan menerima senaskhah buku album gambar bertajuk ‘Sejambak Ristaan IX’ yang mengandungi koleksi gambar-gambar kenangan keberangkatan lawatan Duli Yang Teramat Mulia sebelum berkenan menandatangani lembaran kenangan.

Sebagai acara kemuncak, Duli Yang Teramat Mulia berkenan memotong kek puja usia dan menerima pesambah.

Bagi memberkati majlis, doa kesyukuran dibacakan oleh Penolong Ketua Jabatan Agama ABDB (JA’MAAT), Kapten Ariffin bin Amit.

Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia kemudiannya berkenan menerima junjung ziarah serta beramah mesra bersama pegawai-pegawai Kementerian Pertahanan dan ABDB.

ARTIKEL YANG SAMA