ABDB panjat doa kesyukuran

ABDB panjat doa kesyukuran

Oleh Yusrin Junaidi

Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Feb – Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), hari ini, telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran Sempena Ulang Tahun Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Timbalan Sultan dan Jeneral ABDB, ke-42 Tahun.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang berlangsung di Surau Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison itu ialah Pemangku Pemerintah ABDB, Brigadier Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud.

Majlis dimulakan dengan sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah diikuti dengan sembahyang Sunat Hajat berjemaah dan bacaan Surah Yasin yang dipimpin oleh Imam Surau Kementerian Pertahanan, Awang Shuib bin Abdullah.

Majlis Doa Kesyukuran sempena Ulang Tahun Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ke-42 Tahun.
Majlis Doa Kesyukuran sempena Ulang Tahun Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ke-42 Tahun.

Majlis juga diselajurkan dengan Sembahyang Fardu Isyak berjemaah.

Acara seumpamanya turut diadakan di seluruh Kem dan Garison ABDB.

ARTIKEL YANG SAMA