ABDB rampas tangga kedua BFL

ABDB rampas tangga kedua BFL

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Mei – MS ABDB merampas kedudukan kedua Liga Futsal Kebangsaan (BFL) 2015 dari Shah United FC apabila membelasah pasukan tercorot, Silveredz FT 13-0 petang ini.

Kemenangan besar itu menjadikan jumlah jaringannya kepada 49 gol, hanya dua gol di belakang pendahulu liga, Kota Junior, yang juga kini mengumpul 21 mata tetapi dengan kelebihan satu perlawanan dalam tangan.

Pada perlawanan di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah (KSNHB) itu, MS ABDB mendahului 4-0 pada separuh masa pertama menerusi jaringan Ranozakhran pada minit ke-15 dan ke-18, Md Zairul pada minit ke-19 dan Saiful Ariffin pada minit ke-20.

Seminit selepas rehat, Saiful Ariffin menjadikan kedudukan 5-0 dan kemudiannya mencatatkan hatrik pada minit ke-27 untuk gol keenam MS ABDB.

Saiful Ariffin (Jersi 9 hitam) ketika menjaringkan gol keempat MS ABDB.
Saiful Ariffin (Jersi 9 hitam) ketika menjaringkan gol keempat MS ABDB.

Md Zairul menambah empat gol buat MS ABDB dalam tempoh lapan minit menerusi jaringan-jaringannya pada minit ke-30, ke-31, ke-36 dan ke-37 untuk memberikan MS ABDB keselesaan pendahuluan 10-0.

Tiga gol terakhir MS ABDB hadir pada tiga minit terakhir perlawanan yang dijaringkan oleh Saiful Azmi pada minit ke-38 dan ke-40, dan Abdul Hapiz pada minit ke-39 untuk memuktamadkan keputusan 13-0 memihak MS ABDB.

ARTIKEL YANG SAMA