ABDB terima kunjungan muhibah

ABDB terima kunjungan muhibah

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 April – Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, baru-baru ini, menerima kunjungan muhibah daripada Mejar Jeneral Hussein Mohammed Alassaf dari Kementerian Pertahanan Arab Saudi, di Bolkiah Garison, bersempena lawatan kerja beliau ke Negara Brunei Darussalam.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan, semasa kunjung muhibah itu, Yang Dimuliakan Pehin menyatakan perasaan puas hati dengan hubungan baik dan mesra yang dikongsi oleh angkatan bersenjata kedua buah negara.

Menurut kenyataan itu lagi, kedua belah pihak juga terus menerokai inisiatif-inisiatif untuk meningkatkan lagi hubungan pertahanan dan kerjasama dua hala dengan perbincangan menumpu kepada isu-isu berkepentingan bersama mengenai dengan hal ehwal serantau dan antarabangsa.

Di samping itu, perbincangan tersebut juga menumpukan kepada inisiatif-inisiatif akan datang bagi mengukuhkan lagi hubungan ketenteraan di antara angkatan bersenjata kedua-dua buah negara.

Perjumpaan antara Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Mejar Jeneral Hussein Mohammed Alassaf dari Kementerian Pertahanan Arab Saudi.
Perjumpaan antara Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Mejar Jeneral Hussein Mohammed Alassaf dari Kementerian Pertahanan Arab Saudi.

ARTIKEL YANG SAMA