ABDB, TNI bincang pengukuhan hubungan

ABDB, TNI bincang pengukuhan hubungan

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Okt – Dalam usaha mengukuhkan hubungan antara tentera dua buah negara, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Tentara Nasional Indonesia (TNI) hari ini mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Brunei-Indonesia (BRUNESIA-HLC) di Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison.

BRUNESIA-HLC merupakan garis panduan dan asas undang-undang bagi pelaksanaan kerjasama antara ABDB dan TNI yang bermanfaat bagi mengukuhkan hubungan dan kerjasama ketenteraan kedua-dua buah negara.

Mesyuarat dipengerusikan bersama oleh Pemerintah ABDB Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah dan Panglima Tentara Nasional Indonesia (TNI), Dato Paduka Seri Jeneral Gatot Nurmantyo.

Pemerintah ABDB dan Panglima TNI bergambar ramai bersama pegawai-pegawai tinggi kedua-dua buah negara.
Pemerintah ABDB dan Panglima TNI bergambar ramai bersama pegawai-pegawai tinggi kedua-dua buah negara.
Yang Dimuliakan Pehin Mohd Tawih dan Panglima TNI menandatangani Persefahaman Bersama antara ABDB dan TNI.
Yang Dimuliakan Pehin Mohd Tawih dan Panglima TNI menandatangani Persefahaman Bersama antara ABDB dan TNI.

Antara agenda yang akan dibincangkan dalam mesyuarat ini termasuklah laporan bersama dalam bidang perisikan, operasi, latihan dan pendidikan dari ketua-ketua tentera di bawah BRUNESIA-HLC.

Persefahaman Bersama di antara Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Tentera Nasional Indonesia bagi BRUNESIA-HLC telah ditandatangani oleh kedua-dua angkatan tentera pada 4 Mac 2013 di Jakarta, Republik Indonesia.

Penandatanganan itu merupakan satu peristiwa penting dalam hubungan dua hala dan hasrat kedua-dua pemimpin tentera untuk meningkatkan kerjasama ketenteraan.

BRUNESIA-HLC juga berfungsi sebagai alat sinergi bagi kedua-dua angkatan tentera dalam pelaksanaan aktiviti yang dirancang.

ARTIKEL YANG SAMA