ABDB uji keupayaan

ABDB uji keupayaan

Oleh Normazlina M.D

Gambar oleh Muiz Matdani

 

TUTONG, 1 April – Eksesais Hikmat Bersatu V/2016 yang melibatkan semua unit Angkatan Tentera seperti Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Rejimen Pasukan Khas dan Jabatanarah-jabatanarah di Kementerian Pertahanan bermula hari ini dan akan berlangsung selama seminggu (hingga 7 April).

Pelancaran eksesais itu telah diadakan di Padang Kawad, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja (ABDB), Penanjong Garison, hari ini dan disempurnakan oleh Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah.

Turut hadir ialah pemerintah-pemerintah angkatan tentera dan angkatan bersama, para pegawai kanan, pegawai dan anggota ABDB.

Ketibaan Pemerintah ABDB dialu-alukan oleh Pengarah Keanggotaan, Kementerian Pertahanan selaku Pengarah Eksesais, Kolonel Haji Abdul Hadi bin Haji Saim.

Sebelum melancarkan eksesais, Pemerintah ABDB telah memeriksa perbarisan yang diketuai oleh Leftenan Kolonel Pengiran Sharifuddin bin Pengiran Haji Yusof, kemudian menyampaikan Toha kepada ketua-ketua kumpulan kerja bagi Eksesais Hikmat Besatu V/2016.

Yang Dimuliakan Pehin Mohd Tawih memeriksa perbarisan kehormat.
Yang Dimuliakan Pehin Mohd Tawih memeriksa perbarisan kehormat.
Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih ketika pemasangan TOHA.
Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih ketika pemasangan TOHA.

Eksesais kali ini turut menerima bantuan daripada Batalion Pertama Royal Gurkha Rifle (1RGR), Pasukan Simpanan Gurkha, Pasukan Polis Diraja Brunei, jabatan-jabatan daerah serta beberapa buah mukim dan kampung.

Ia akan melibatkan beberapa kawasan perairan Negara Brunei Darussalam dan beberapa kawasan pedalaman, perumahan dan komersial termasuk jalan-jalan raya di beberapa tempat di keempat-empat daerah.

Eksesais ini bertujuan untuk melatih anggota ABDB secara komprehensif dalam menghadapi senario kontemporari yang realistik susulan daripada Eksesais Perisai Kebangsaan (EPK) 4/2015 yang diungkayahkan pada Oktober 2015.

pg03_160402_b

pg03_160402_c

Matlamat eksesais ini adalah untuk melatih dan menilai keupayaan ABDB dalam merancang gerakan bersama di peringkat operasional, di samping untuk menilai Doktrin Operasi Bersama dan Prosedur Operasi Standard yang dikemas kini, serta untuk mengenal pasti keperluan keupayaan pada masa akan datang.

Konsep Eksesais Hikmat Bersatu V/2016 adalah tertumpu kepada ancaman keselamatan bukan tradisional.

Eksesais Hikmat Bersatu pada tahun ini merupakan kali kelima diadakan yang mana eksesais ini mula dilaksanakan pada tahun 2003 yang berkonsepkan peperangan konvensional. Eksesais Hikmat Bersatu II pula telah diadakan pada tahun 2007 dan merupakan latihan yang berkonsepkan kepada latihan Bantuan Kemanusiaan dan Bencana Alam (Human Assistance and Disaster Relief – HADR).

Manakala itu, Eksesais Hikmat Bersatu III pada tahun 2010 memberikan fokus kepada latihan bersepadu menggunakan aset-aset ketenteraan yang baru dan Eksesais Hikmat Bersatu IV pada tahun 2012 pula berkonsepkan Low Intensity Conflict.

Bagi memberkati eksesais pada tahun ini, solat Sunat Hajat telah diadakan pada malam semalam.

ARTIKEL YANG SAMA