Abdul Azim dikehendaki polis

Abdul Azim dikehendaki polis

pg06_160621_d

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Jun – Pasukan Polis Diraja Brunei memohon kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mengesan lelaki tempatan bernama Abdul Azim bin Suhaimi (gambar) yang dikehendaki bagi membantu siasatan.

Alamat terakhir lelaki berusia 30 tahun (tarikh lahir 25/09/1985) itu, di No 114 Jln 11, Kampung Perpindahan Lambak Kanan, dan memegang kad pengenalan bernombor 00-307347, menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Abdul Azim bolehlah menghubungi Unit Penderaan Wanita dan Kanak-kanak, Jabatan Siasatan Jenayah di talian 2459500 sambungan 129/128, talian kecemasan 993 atau mana-mana pos dan balai polis yang berdekatan.