Abdul Kani juara Nett, Golf BDASG

Abdul Kani juara Nett, Golf BDASG

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Mac – Awang Abdul Kani bin Abdullah tampil juara bagi pukulan Nett dalam Kejohanan Golf BDASG bulanan yang ke-3 di Kelab Golf Pantai Mentiri.

Tampil sebagai pemenang Gross pula ialah Awang Zaini bin Abdul Rahman, sementara itu bagi Divisyen A disandang oleh Chris Tay, Divisyen B oleh Pengiran Haji Johari bin Pengiran Haji Daud.

Awang Saidi bin Haji Mohd Yassin pula pemenang bagi Divisyen C dan Dato Job Lim memenangi bagi kategori 75 tahun ke atas.

Kejohanan berkenaan dianjurkan oleh ahli BDASG yang tertua, Chang Eng Hong, selaku penaja hadiah yang juga bersempena sambutan hari lahir beliau yang ke-85 tahun.

Gambar ramai bersama para peserta yang terlibat dalam kejohanan tersebut.
Gambar ramai bersama para peserta yang terlibat dalam kejohanan tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA