Abe berlepas ke New York temui Trump

Abe berlepas ke New York temui Trump

TOKYO, 17 Nov – Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe berlepas ke New York hari ini bagi rundingan dengan Donald Trump, pemimpin pertama menemui presiden yang baru dilantik yang janji kempennya mencetuskan kegelisahan berhubung dasar luar Amerika Syarikat (AS).

Jutawan itu dijangka menerima Abe di ibu pejabatnya di Trump Tower pada petang esok, dalam pertemuan yang diperhatikan secara dekat bagi bayangan perjanjian keselamatan lama yang dipersoalkan oleh Trump.

“Saya berbesar hati menemui presiden yang baru lantik, Trump sebelum para pemimpin dunia lain,” Abe memberitahu para pemberita.

“Saya ingin membincangkan dengan Presiden Trump tentang impian kami bagi masa depan.”

Ulasan Trump ketika kempen bahawa AS mungkin ‘lebih baik’ dengan sekutu-sekutu nuklear Asia mempersoalkan naungan keselamatan AS ke atas Jepun dan Korea Selatan.

Shinzo Abe (dua, kiri) dan isterinya, Akie melambai sebelum masuk ke pesawat kerajaan di Haneda Tokyo pada 17 November. – AFP
Shinzo Abe (dua, kiri) dan isterinya, Akie melambai sebelum masuk ke pesawat kerajaan di Haneda Tokyo pada 17 November. – AFP

Penafian kemudian beliau berhubung kenyataan itu telah tidak dapat mengembalikan keyakinan di Washington ketika negara besar itu berdepan dengan China yang semakin menyerlah dan Korea Utara.

Trump juga bercakap tentang mengeluarkan beribu-ribu tentera dari rantau itu melainkan Tokyo dan Seoul membayar lebih kos penempatan mereka, di sebalik peluang bagi China dan cita-citanya bagi penguasaan serantau.

“Gabungan Jepun-AS adalah asas diplomasi dan keselamatan Jepun,” kata Abe sebelum berlepas.

“Gabungan itu hanya berkesan bila wujud kepercayaan.”

“Saya ingin membina kepercayaan dengan Trump dan bekerjasama bagi keamanan dan kemakmuran dunia.”

Berbelas-belas pemimpin termasuklah Xi Jinping dari China dan Vladimir Putin dari Rusia telah bercakap dengan Trump melalui telefon sejak kemenangan mengejutkan beliau pada 8 November lalu.

New York Times berkata pejabat-pejabat pemimpin asing berebut-rebut menghubungi Trump Tower ketika mereka berusaha menghubungi bakal presiden itu melalui telefon, yang mengundang penafian dan penegasan peralihan berjalan lancar.

Perdana Menteri Australia Malcolm Turnbull adalah orang kedua yang berjaya menghubungi Trump, dalam panggilan yang diaturkan oleh legenda sukan Greg Norman yang juga adalah rakan rapat Trump bermain golf, perkara itu baru diketahui hari ini. – AFP