Abe kunjungi 5 negara Asia, capai perjanjian perniagaan

Abe kunjungi 5 negara Asia, capai perjanjian perniagaan

TOKYO, 22 Okt – Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe hari ini berlepas ke Mongolia dan lima negara Asia Tengah untuk kunjungan selama seminggu, bercita-cita memeterai perjanjian perniagaan berjumlah berbilion dolar tatkala China menambah pengaruhnya di rantau yang kaya dengan sumber.

Pemimpin konservatif itu, yang telah mendesak untuk memulakan ekonomi nombor tiga dunia, diiringi oleh wakil yang terdiri daripada kira-kira 50 firma Jepun.

Beliau dijangka tiba di Ulan Bator pada lewat hari ini, lawatan pertamanya ke Mongolia sejak 2013.

Beliau seterusnya akan berkunjung ke Kazakhstan dan Uzbekistan, dan mengadakan lawatan rasmi pertamanya oleh perdana menteri Jepun ke Turkmenistan, Tajikistan dan Kyrgyzstan.

“Mongolia dan Asia Tengah terletak di tengah Asia dan amat penting dari segi geopolitik,” beritahu Abe kepada wartawan di lapangan terbang Tokyo sebelum pemergian beliau.

Shinzo dan isterinya, Akie meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo hari ini untuk lawatan seminggu ke Mongolia dan lima negara Asia Tengah. – AFP
Shinzo dan isterinya, Akie meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo hari ini untuk lawatan seminggu ke Mongolia dan lima negara Asia Tengah. – AFP

Negara berkenaan telah bergantung pada eksport dan sumber asli, namun sekarang kami berusaha mendapatkan infrastruktur berkualiti tinggi memandangkan mereka ingin sebuah ekonomi yang berdasarkan pada industri nilai tambahan.

“Saya ingin mengambil langkah besar dalam merangsang hubungan dengan setiap negara.”

Abe telah mengadakan kunjungan global sejak menerajui tampuk pentadbiran pada akhir tahun 2012, melawat berpuluh negara dalam usaha untuk merangsang ekonomi Jepun.

Ketika kunjungan, firma kejuruteraan Jepun JGC dan empat syarikat lain dijangka menandatangani perjanjian bernilai satu trillion yen di Turkemenistan untuk pembinaan sebuah kilang yang dikaitkan dengan padang gas asli, kata akhbar perniagaan Nikkei.

Tatkala negara pesaing China berusaha menggunakan rantau menerusi Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) baru, Abe berjanji akan menambah tiga kali ganda tempahan infrastruktur daripada firma Jepun di seluruh dunia, termasuk di Asia Tengah, kepada 30 trilion yen pada tahun 2020. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA