Abe mahu kerjasama pertikaian wilayah

Abe mahu kerjasama pertikaian wilayah

SEOUL, 2 Nov (Reuters) – Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe memberitahu presiden Korea Selatan hari ini bahawa beliau ingin menjalin kerjasama di antara kedua-dua negara dan Amerika Syarikat demi mengekal keadaan terbuka dan aman di Laut China Selatan, kata jurucakap kerajaan Jepun.

Abe sebelum ini mengkritik sifat pendesak China di Laut China Selatan, di mana kebanyakan perdagangan dan bekalan minyak Jepun dan Korea Selatan melaluinya.

“Beliau berkata Jepun ingin bekerjasama dengan Korea Selatan dan Amerika Syarikat untuk memelihara lautan yang terbuka, bebas dan aman,” beritahu Penolong Ketua Setiausaha Kabinet Koichi Hagiuda kepada wartawan pada satu taklimat media selepas Abe mengadakan rundingan bersama Presiden Korea Selatan Park Geun-hye di Seoul.

Hagiuda tidak mengulas lanjut, namun pada Jumaat, Menteri Pertahanan Jepun Jen Nakatani menekankan Tokyo tidak mempunyai rancangan untuk mengambil bahagian dalam “kebebasan rondaan pengemudian” pimpinan AS di Laut China Selatan.

Sebuah kapal perang AS belayar dalam jarak 12 batu nautika dari pulau buatan manusia China di kawasan tersebut pada Selasa lalu dalam cabaran paling besar AS terhadap had wilayah yang dituntut oleh China di sekitar gugusan kepulauan Spratly.

Perjalanan itu mencetuskan satu kritikan marah daripada China dan satu amaran bahawa satu kejadian kecil di kawasan tersebut, salah satu jalan laut paling sibuk di dunia, mungkin mencetuskan peperangan sekiranya AS tidak menghentikan apa yang digelarnya “perbuatan provokatif.”

Abe memberitahu Park keadaan di Laut China Selatan adalah “satu kebimbangan untuk masyarakat antarabangsa,” beritahu Hagiuda kepada wartawan.

Dalam satu usaha jelas agar tidak menjejas hubungan yang berpulih dengan China, pemimpin Jepun itu, bercakap kepada wartawan di Seoul, enggan menyatakan sama ada beliau telah mengemukakan isu berkenaan dalam rundingan dua hala dengan Perdana Menteri China Li Keqiang di Seoul semalam, ekoran satu mesyuarat tiga pemimpin Asia Utara.

ARTIKEL YANG SAMA