Abe-Modi bakal umum perjanjian kereta api laju

Abe-Modi bakal umum perjanjian kereta api laju

NEW DELHI, 11 Dis (AFP) – Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe mendarat di New Delhi hari ini bagi lawatan dua hari dengan rakan sejawatnya Narendra Modi, yang mana mereka dijangka akan mengumumkan perjanjian bagi kereta api laju pertama India.

Abe dijangka menemui para pemimpin perniagaan India, menteri luar Sushma Swaraj dan Presiden PranabMukherjee sebelum esok pergi Varanasi, bandar suci India di Sungai Ganges dan kawasan pengundian parlimen Modi.

Dijangka dibincangkan perjanjian 15 juta bagi kereta api laju ‘Shinkansen; yang menghubungi bandar-bandar dinamik dari segi ekonomi Mumbai dan Ahmedabad, sebahagian janji Modi untuk memulihkan landasan kereta api cabuk India.

Shinzo Abe ketika disambut ketibaannya di Lapangan Terbang Antarabangsa New Delhi oleh Timbalan Menteri Kewangan India, Jayant Sinha (kanan) di New Delhi pada 11 Disember 2015. – Reuters
Shinzo Abe ketika disambut ketibaannya di Lapangan Terbang Antarabangsa New Delhi oleh Timbalan Menteri Kewangan India, Jayant Sinha (kanan) di New Delhi pada 11 Disember 2015. – Reuters

Mereka juga dijangka membincangkan membina hubungan pertahanan dan perjanjian nuklear awam yang telah lama dipertikaikan yang akan membolehkan Jepun mengeksport teknologi loji nuklearnya ke benua kecil itu.

Jepun pernah menjauhi kerjasama nuklear dengan India, yang tidak mengesahkan Perjanjian Pengawalan nuklear Antarabangsa, tetapi penganalisis berkata Tokyo telah melembutkan pendiriannya di tengah ketegasan meningkat China.

Ketua Setiausaha Kabinet Jepun Yoshihide Suga berkata lawatan itu bertujuan ‘mengukuhkan kerjasama dalam pelbagai bidang yang termasuklah politik, keselamatan kerjasama ekonomi dan pertukaran orang.”

ARTIKEL YANG SAMA