Abe selia urusniaga bernilai AS$26b

Abe selia urusniaga bernilai AS$26b

TOKYO, 28 Okt (AFP) – Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dan ketua-ketua perniagaan akan kembali petang ini daripada lawatan selama seminggu di Asia Tengah selepas Urus niaga bernilai lebih daripada AS$26 bilion.

Pemimpin konservatif itu yang telah berusaha untuk memulakan ekonomi ketiga di dunia, melawat lima negara dengan para perwakilan daripada kira-kira 50 syarikat Jepun untuk mengukuhkan hubungan perniagaan di rantau ini.

“Saya Perdana Menteri Jepun merupakan orang pertama membuat lawatan ke lima negara Asia Tengah pada satu-satu masa,” kata Abe dalam satu ucapan di Kazakhstan.

Beliau juga mengembara ke Uzbekistan, dan membuat lawatan pertama ke Turkmenistan, Tajikistan dan Kyrgyzstan.

“Saya percaya terdapat potensi masa depan yang besar di Jepun dan Asia Tengah,” katanya.

Abe disambut oleh Presiden Kazakh Nursultan Nazarbayev semasa menghadiri salah satu majlis di Kazakhstan semalam, dalam rangka lawatan ekonomi selama 5 hari di Asia Tengah. – AFP
Abe disambut oleh Presiden Kazakh Nursultan Nazarbayev semasa menghadiri salah satu majlis di Kazakhstan semalam, dalam rangka lawatan ekonomi selama 5 hari di Asia Tengah. – AFP

Semasa berada di negara pengeksport gas utama di Turkmenistan, beliau telah menandatangani perjanjian bernilai 2.2 trilion yen (AS$18 bilion) bagi pembinaan sebuah kilang yang dikaitkan dengan medan gas semula jadi dan untuk perniagaan lain.

Di negara jiran Uzbekistan pada Ahad lalu, Abe juga menandatangani perjanjian bernilai AS$8.5 bilion dalam sektor komunikasi, pengangkutan dan tenaga.

Pemimpin Jepun juga berjanji lebih daripada AS$100 juta disalurkan ke dalam bantuan ke Kyrgyzstan dan sejumlah kecilnya disumbangkan ke Tajikistan, kedua-dua negara yang paling miskin di Asia Tengah.

Sebagai menyaingi penerokaan China di rantau ini menerusi Bank Pelaburan Infrastruktur Asian (AIIB), Abe telah berjanji untuk menggandakan nilai infrastruktur tiga kali ganda bagi firma-firma Jepun di seluruh dunia, termasuk di Asia Tengah kepada 30 trilion yen pada tahun 2020.

ARTIKEL YANG SAMA