Abe ucap ‘takziah abadi’ bukan maaf

Abe ucap ‘takziah abadi’ bukan maaf

WASHINGTON, 30 April – Shinzo Abe menjadi Perdana Menteri Jepun pertama yang berucap di mesyuarat bersama Kongres Amerika Syarikat semalam, memberikan testimoni tulus ikhlas tentang perlunya bagi hubungan lebih erat sementara berdepan kontroversi berhubung pandangan beliau mengenai Perang Dunia II.

Berucap dalam bahasa Inggeris, Abe menekankan hubungan rapat antara kedua-dua  negara yang terjalin dari bara peperangan kejam seperti Pearl Harbour dan Iwo Jima, dan membuat permohonan maaf serius di atas tindakan Jepun.

“Bagi pihak Jepun dan rakyat Jepun, saya menyampaikan dengan penuh hormat takziah abadi saya kepada semua roh rakyat Amerika yang terkorban ketika Perang Dunia II,” katanya sambil menerima tepukan gemuruh daripada anggota undangan AS.

Sejurus sebelum tiba di Capitol Hills, Abe dengan simbolik meletakkan kalungan bunga di monumen untuk konflik itu, yang meragut kira-kira 400,000 jiwa rakyat Amerika.

“Pertempuran itu yang terpahat di memorial ini terlintas di fikiran saya dan saya membayangkan tentang impian dan masa depan anak-anak muda Amerika yang telah musnah.

Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe ketika berucap pada sesi bersama Kongres AS di US Capitol di Washington, DC, pada 29 April 2015. – AFP
Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe ketika berucap pada sesi bersama Kongres AS di US Capitol di Washington, DC, pada 29 April 2015. – AFP

“Sejarah sangat pedih.  Apa yang telah berlaku tidak boleh ditarik balik.  Dengan penyesalan mendalam di hati saya, saya berdiri beberapa waktu di sana dengan doa tanpa suara,” kata Abe.

Tetapi itu adalah tindakan Jepun di Asia ketika peperangan yang mengancam akan membayangi ucapan bersejarah beliau.

Di Kongres, Abe berdepan dengan kehadiran Lee Yong-Soo, 87 tahun, salah seorang dari kira-kira 200,000 wanita Asia yang terpaksa menjadi hamba seks oleh tentera Jepun yang menduduki.

Dia dijemput oleh anggota undangan Demokrat Mike Honda, salah seorang dari ramai orang yang menuduh Abe memperkecilkan sebarang peranan rasmi negara itu atau ketenteraannya. – AFP