ABIS 2015 Platform bincang ekonomi ASEAN

ABIS 2015 Platform bincang ekonomi ASEAN

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) – Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan ASEAN (ABIS) edisi ke-12 akan menjadi platform utama untuk input sektor swasta dan perbincangan mengenai isu-isu ekonomi di rantau ini.

Dalam kenyataan, Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) berkata ABIS 2015, yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 20 dan 21 Nov, akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Anjuran ASEAN-BAC, program itu juga akan menampilkan ucapan daripada Presiden Amerika Syarikat Barack Obama, Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dan Perdana Menteri India Narendra Modi.

“Ia akan menjadi tuan rumah kepada lebih 20 penceramah dari seluruh dunia, terdiri daripada pemimpin, ahli ekonomi serantau, peserta utama perniagaan dan pakar-pakar ASEAN lain.

“Beberapa Menteri Ekonomi ASEAN akan membincangkan dan meneliti kemajuan Komuniti Ekonomi ASEAN,” kata Pengerusi ABIS 2015 Tan Sri Dr Munir Abdul Majid dalam kenyataan.

ARTIKEL YANG SAMA