ABS kenakan caj faedah mulai 2016

ABS kenakan caj faedah mulai 2016

ZURICH, 23 Nov (AFP) – Sebuah bank kecil Swiss yang khusus dalam membiayai projek-projek sosial dan persekitaran pada 1 Januari akan datang akan melakukan apa yang tidak pernah dilakukan oleh bank runcit sebelumnya, dengan mengenakan kadar faedah negatif ke atas pelanggan-pelanggan individual.

Alternative Bank Schweiz (ABS) menimbulkan gelombang kejutan dengan sepucuk surat yang dihantar kepada semua pelanggan pada pertengahan Oktober lalu yang memaklumkan mereka bahawa ia akan mula mengenakan caj faedah ke atas deposit pada tahun 2016.

Bagi akaun semasa, menurut bank itu ia akan mengenakan kadar -0.125 peratus, sementara mengenakan kadar -0.75 peratus ke atas deposit pelanggan lebih tinggi dari 100,000 Swiss francs.

Setakat ini pendeposit individual terlindung dari keputusan oleh beberapa bank-bank pusat, yang termasuklah bank Switzerland, untuk memperkenalkan kadar faedah negatif untuk merangsang pertumbuhan atau mencegah pelabur-pelabur matawang yang tidak dikehendaki.

ABS, yang tumbuh dari prinsip pergerakan bantahan 1960an, menyesuaikan perkembangan yang tidak pernah wujud sebelum ini, dengan mengatakan ia akan mewujudkan ruang kendalian bagi membiayai ‘projek-projek bermakna’.

Langkah itu tidak disedari dalam lingkungan Swiss ketika bank-bank di negara mewah Alpine itu mencari jalan untuk menangani kadar-kadar negatif yang dikenakan ke atas mereka oleh bank pusat pada bulan Januari.

“Keputusan ini berhubung kadar negatif memerlukan wang yang banyak – agak sama dengan keseluruhan keuntungan tahunan kami tahun lalu,” Ketua ABS Martin Rohner memberitahu AFP.

Bank pusat Swiss memperkenalkan kadar deposit negatif pada Januari selepas ia denan mendadak mengenepikan usaha tiga tahunnya untuk mengawal kadar tukaran francs untuk melindungi eksport.