Abu Khaledi juarai boling Nissan 2016

Abu Khaledi juarai boling Nissan 2016

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Sept – Abu Khaledi Yussrri tampil juara dalam Kejohanan Boling Nissan 2016 apabila berjaya menumpaskan saingan terdekatnya Pengiran Rudisofy bin Pengiran Tajuddin.

Seramai 47 peserta menyertai kejohanan yang berlangsung di MegaStrike Bowl itu yang dimulakan sejak tiga bulan lalu bagi peringkat saringan untuk mencari 24 pemain yang teratas bagi meneruskan persaingan di pusingan kedua pada 2 dan 3 September yang lalu.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah adalah Pengurus Pemasaran Boustead Sdn Bhd, Kho Hup Siang dan turut menyampaikan hadiah ialah Pengarah Pengurusan MegaStrike Bowl, Mejar (B) Hajah Sharifah Hazlina binti Haji Syed Elham.

Abu Khaledi ketika menerima piala kejohanan daripada tetamu kehormat.
Abu Khaledi ketika menerima piala kejohanan daripada tetamu kehormat.

ARTIKEL YANG SAMA