Abu Sayyaf ancam penggal kepala tawanan lain

Abu Sayyaf ancam penggal kepala tawanan lain

MANILA, 17 Mei (Xinhua) – Kumpulan pengganas Filipina Abu Sayyaf mengugut untuk memenggal kepala tebusan lain jika permintaan mereka sebanyak 600 juta peso (AS$12 juta) tidak dipenuhi, lapor media tempatan hari ini.

Dalam satu video baru yang disiarkan di Internet, kumpulan itu berkata tebusan akan dibunuh pada 13 Jun jika wang tebusan itu tidak dibayar. Walau bagaimanapun, ia tidak mengesahkan identity mangsa yang akan dibunuh, menurut laporan The Philippine daily Standard.

Kumpulan pengganas telah menculik warga Kanada, Robert Hall; warga Norway Kijartan Sekkingstad dan John Ridsdel pada bulan Ogos tahun lepas di sebuah resort pantai di wilayah Mindanao, bahagian selatan Filipina. Ridsdel dibunuh bulan lalu.

Kumpulan pengganas menyiarkan permintaan baru apabila Angkatan Tentera berkata operasi masih diteruskan untuk menyelamatkan tebusan.

“Kami tidak berhenti. Kami tidak akan berhenti sehingga penyamun ini bertanggungjawab atas tindakan mereka,” kata jurucakap tentera Restituto Padilla.

Dilaporkan bahawa pemberontakan di selatan Pulau Mindanao telah mengorbankan sebanyak 200,000 orang.

ARTIKEL YANG SAMA