AC Milan kecewakan Roma

AC Milan kecewakan Roma

ROM, 10 Mei (AFP) – Roma gagal untuk mengukuhkan cengkaman di tempat kedua Serie A selepas gol Marco Van Ginkel dan Mattia Destro menyaksikan AC Milan menang 2-1, sekali gus menjadikan persaingan Liga Juara-Juara terbuka luas.

Jaringan pertama Serie A Van Ginkel lima minit sebelum rehat dan tandukan jarak dekat Destro sebelum sejam cukup untuk Milan menang buat kali pertama dalam enam perlawanan, walaupun penalti Francesco Totti membiarkan Roma kembali menguasai permainan 17 minit sebelum tamat.

“Ia perlawanan istimewa bagi saya dan saya benar-benar mahu melakukannya dengan baik di hadapan peminat kami,” kata Destro yang dipinjam dari Roma dan mempunyai masa depan yang tidak menentu di Milan.

“Apa yang penting adalah untuk mendapatkan gol kerana saya tidak menjaringkan gol untuk beberapa ketika dan penyerang perlukan menjaringkan gol. Apa yang akan berlaku musim depan? Saya tidak tahu, kita semua tunggu akhir musim ini dan kemudian kita lihat.”

Roma Rudi Garcia kekal kedua dengan 64 mata dan hanya satu mata di hadapan pesaing tempatan Lazio, yang menjadi tuan rumah Inter Milan malam ini selepas persembahan hambar yang menggugat kelayakan Liga Juara-Juara mereka.

Penyerang AC Milan, Mattia Destro (tengah) meraikan jaringan Serie A semasa menentang AS Roma di Stadium San Siro Stadium semalam. - AFP
Penyerang AC Milan, Mattia Destro (tengah) meraikan jaringan Serie A semasa menentang AS Roma di Stadium San Siro Stadium semalam. – AFP

Pasukannya juga mendapati Napoli di tempat keempat hanya dua mata di belakang mereka pada hujung minggu jika pasukan Rafael Benitez menang ke atas Parma yang tersingkir dari Serie A.

“Pada akhir permainan saya melihat pemain saya bertanyakan pengadil mengapa permainan kurang 30 saat daripada sepatutnya, tetapi kami tewas sejam daripada permainan. Inilah masalahnya,” kata Garcia marah.

“Kami bermula dengan baik dalam 20 minit pertama, mencipta beberapa peluang, tetapi selepas itu terjatuh ke dalam rentak malas untuk perlawanan penting ini. Mungkin mereka tidak sedar masih ada empat perlawanan lagi.”

ARTIKEL YANG SAMA