AC Milan lonjak tangga ke-3 benam Chievo

AC Milan lonjak tangga ke-3 benam Chievo

MILAN, 17 Okt – Juraj Kucka dan M’Baye Niang menjaringkan gol pada setiap separuh masa dan Carlos Bacca menambah gol ketiga ketika AC Milan melonjak di tangga ketiga Serie A dengan kemenangan 3-1 di Chievo semalam.

Chievo adalah di antara pendahulu awal musim dalam kelompok teratas Itali, pasukan kendalian Rolando Maran berada di antara lima pasukan teratas selepas memulakan kempen mereka dengan kemenangan 2-0 di laman sendiri ke atas Inter Milan.

Tetapi pasukan Flying Donkeys itu kembali terjejas dengan kekalahan pertama di tempat sendiri musim ini, bagi juara Eropah tujuh kali, Milan, menghidupkan semula hasrat untuk layak bagi persaingan bola sepak benua musim depan.

Kemenangan kelima Milan dalam kempen itu membolehkan mereka berada di tangga ketiga, di belakang Roma dengan perbezaan jaringan, lima mata di belakang pendahulu dan juara Juventus dan dua di depan Napoli.

Reaksi Juraj ketika meraikan jaringan bersama rakan sepasukannya ketika menentang Chievo Verona di Stadium Verona Bentegodi, kelmarin. – AFP
Reaksi Juraj ketika meraikan jaringan bersama rakan sepasukannya ketika menentang Chievo Verona di Stadium Verona Bentegodi, kelmarin. – AFP

Montella meletakkan pemain penyerang Colombia, Carlos Bacca di bangku simpanan bagi kunjungan ke Verona untuk memberikan Gianluca Lapadula peluang beraksi.

Tetapi ia adalah jaringan minit ke-45 dari Kucka yang menyaksikan peminat pelawat Rossoneri bersorak selepas pemain midfield dari Slovakia itu menjaringkan gol dari luar kawasan penalti.

Niang menambah gol kedua bagi pasukan pelawat selepas perlawanan disambung semula apabila menerima umpanan di tengah untuk menewaskan Stefano Sorrentino di gawang.

Milan hampir menambah gol tetapi Niang dan Lapadula mensia-siakan peluang di depan gawang, sebelum Cheivo menjaringkan gol menerusi bekas pemain midfield Milan, Valter Birsa pada minit ke-76. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA