AC Milan tarik Boateng ke dalam skuad

AC Milan tarik Boateng ke dalam skuad

MILAN, 22 Dis (Reuters) – AC Milan akan menandatangani semula pemain midfield, Kevin-Prince Boateng dengan pertukaran percuma, kata ketua eksekutif, Adriano Galliani.

Pemain antarabangsa Ghana kelahiran Jerman itu, yang juga pernah beraksi bagi Hertha Berlin, Portsmouth dan Tottenham Hotspur, menyertai Milan pada 2010 sebelum meninggalkan kelab itu untuk bersama Schalke 04 dari Jerman tiga tahun kemudian.

Boateng tidak beraksi sejak dilepaskan oleh Schalke pada Mei lalu bagi apa yang dikatakan kelab Bundesliga itu adalah tiada kepercayaan di antara kelab dan pemain.

“Pada 4 Januari kami akan mendaftarkan kontrak Boateng bersama Liga Serie A dan dia akan berada dalam senarai pemilihan,” kata Galliani dalam satu temu bual bersama Sky TV Itali selepas kemenangan Milan 4-2 di gelanggang luar di Frosinone pada Ahad lalu.

Galliani menambah bahawa pemain sayap dari Sepanyol dan bekas pemain Liverpool, Suso akan menyertai Genoa dalam pinjaman.