Acara ‘4×4’ meriahkan sambutan

Acara ‘4×4’ meriahkan sambutan

Oleh Normazlina M.D

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Ogos – Bagi memeriahkan lagi suasana Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-69 tahun bagi Daerah Tutong, Persatuan Kenderaan Pacuan 4 Roda Daerah Tutong mengendalikan Pertandingan Kereta Tahan Lasak Pacuan 4 Roda di kawasan lapang berdekatan Mahad Islam Brunei, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyaksikan pertandingan itu ialah Pegawai Daerah Tutong, Awang Wardi bin Haji Mohammad Ali dan Isteri.

Sebanyak dua kategori telah dipertandingkan iaitu berseorangan ‘Bebas Isi Padu’ (CC ) yang disertai oleh 37 peserta dan kategori berpasukan disertai enam kumpulan.

Pertandingan yang diadakan setiap tahun itu bertujuan bagi memeriahkan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia sebagai aktiviti tahunan persatuan berkenaan di samping mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan penggemar Pacuan 4 Roda.

Salah sebuah kereta pacuan empat roda cuba merentasi hadangan.
Salah sebuah kereta pacuan empat roda cuba merentasi hadangan.

ARTIKEL YANG SAMA