Acara aerobik besar-besaran 31 Okt ini

Acara aerobik besar-besaran 31 Okt ini

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Okt – Jabatan Belia dan Sukan (JBS), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) akan mengadakan Mass Aerobic pada 31 Oktober 2015 di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah bermula pukul 8 malam hingga 10 malam.

Penyertaan bagi acara ini dibukakan untuk semua rakyat dan penduduk di negara ini dan yuran penyertaan adalah $5 setiap seorang.

Sehubungan itu, tiket penyertaan boleh diperolehi di Urus setia Mass Aerobic, Tingkat 6, Bahagian Sukan JBS di Bangunan KKBS atau pada 31 Oktober ini dan tiket penyertaan akan diedarkan bermula pukul 7 malam di pintu masuk stadium berkenaan.

Orang ramai yang berhajat untuk menyertai dalam aktiviti ini, keterangan lanjut boleh diperolehi di Bahagian Sukan, JBS, di talian 2381903, 904 atau 905 sambungan di 1616, 1630 atau 1632.

ARTIKEL YANG SAMA