Acara amal The BroSis meriah

Acara amal The BroSis meriah

BANDAR SERI BEGAWAN – Bagi menjayakan lagi semester terakhir, alhamdulillah tahun ini seramai empat pelajar yang menggelar diri mereka ‘The BroSis’ pelajar jurusan Diploma Business Accountant dan Business Marketing tahun 2015 yang menuntut di Kolej IGS telah menjayakan satu acara ‘The Food Boutique & Charity Event’. Acara amal ini bertujuan untuk mengutip derma untuk disumbangkan kepada Persatuan Kanak-kanak Cacat (KACA) dari hasil peniaga-peniaga yang ikut serta dalam acara tersebut.

Seramai 22 peniaga ikut serta dalam menjayakan acara ini termasuklah cawangan NBT Toyota Bunut juga turut menjayakan acara amal ini dengan mengadakan ‘Mini Roadshow’ dan uji pandu percuma Toyota Wigo. Acara selama dua hari ini dimeriahkan lagi dengan aktiviti teka-teki dan mewarna khusus untuk kanak-kanak KACA yang dijemput.

Acara yang julung kali diadakan ini dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah. Acara tersebut diakhiri dengan penyampaian derma daripada wakil cawangan NBT Toyota Bunut iaitu Awang Abdul Ghani bin Haji Abdul Hamid kepada salah seorang penganjur ‘The Brosis’ iaitu Awang Muhammad Rizqur Rahman bin Haji Jeffri yang bertempat di Dewan Muhibbah, Airport Lama Berakas.

Awang Abdul Ghani wakil cawangan NBT Toyota Bunut menyerahkan derma kepada salah seorang penganjur amal (kiri).
Awang Abdul Ghani wakil cawangan NBT Toyota Bunut menyerahkan derma kepada salah seorang penganjur amal (kiri).