Acara golf sempena ulang tahun PEMODA

Acara golf sempena ulang tahun PEMODA

Oleh Mohammad Abdullah

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Sept – Seruji Haji Setia telah mendapat Overall Gross dalam acara golf sempena sambutan ulang tahun Persatuan Motosikal Darussalam (PEMODA) ke-20 yang diadakan di Kelab Golf Pantai Mentiri.

Manakala Mohd Shah Ahmad pula mendapat Overall Net dalam pertandingan tersebut. Dua kategori telah dipertandingkan iaitu Kategori Terbuka dan Kategori Bikers.

Dalam Kategori Terbuka, Safrin telah memenangi Kategori A, Abdul Kahar Haji Abu Bakar memenangi Kategori B, Haji Rosmadee Haji Daud memenangi Kategori C dan Haji Abdul Hamid memenangi Kategori D. Sementara itu dalam Kategori Bikers pula, Haji Ahmad Bukhari mendapat tempat pertama diikuti Pengiran Ismail bin Pengiran Atan di tempat kedua dan Haji Khairol bin Haji Ya’akup di tempat ketiga.

Menurut Yang Di-Pertua PEMODA, Pengiran Haji Redzuan bin Pengiran Haji Ahmad, sebanyak 52 peserta yang terdiri daripada ahli-ahli PEMODA, jemputan-jemputan daripada persatuan-persatuan motosikal yang lain dan ahli-ahli Kelab Golf Pantai Mentiri telah menghadiri acara tersebut.

Para peserta yang mengikuti pertandingan golf tersebut.
Para peserta yang mengikuti pertandingan golf tersebut.