Acara keagamaan Hari Keputeraan 14 Julai

Acara keagamaan Hari Keputeraan 14 Julai

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Julai – Acara Keagamaan Majlis Kesyukuran Solat Fardu Maghrib dan Isyak Berjemaah, Membaca Surah Yasin, Tahlil Doa Kesyukuran Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-70, akan diadakan pada hari Khamis, 14 Julai di semua masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara mulai jam 5:45 petang dengan tumpuan utama di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong.

Di samping itu, beberapa buah masjid lain juga akan dijadikan tumpuan seperti di Daerah Brunei dan Muara ialah di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri

Begawan; Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampung Jerudong; Masjid Mohamed Bolkiah, Kampung Serusop; Masjid Sultan Sharif Ali, Kampung Sengkurong; Masjid Al-Muhtadee Billah, Kampung Sungai Kebun; Masjid Setia Ali, Pekan Muara dan Masjid Perpindahan Negara Lambak Kanan.

Manakala di Daerah Belait ialah di Masjid Muhammad Jamalul Alam, Kuala Belait; Masjid Perpindahan Negara Kampung Pandan, Kuala Belait dan Masjid Pekan Seria.

Bagi Daerah Tutong pula, tumpuan ialah di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong dan Daerah Temburong tumpuan ialah di Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar.

Sehubungan itu, orang ramai dialu-alukan datang ke masjid-masjid, surau-surau dan balai ibadat seluruh negara bagi sama-sama menghadiri Majlis Kesyukuran Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Sultan.

ARTIKEL YANG SAMA