Acara keagamaan hiasi pentas perayaan

Acara keagamaan hiasi pentas perayaan

Oleh Lenna N.B

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Ogos – Jabatan Hal Ehwal Masjid tidak ketinggalan memeriahkan pentas perayaan di kawasan letak kereta berhadapan dengan Bangunan Alat-Alat Kebesaran Diraja, di sini, malam tadi dengan tema ‘Malam Silaturahim Belia-belia Masjid.’

Acara diisi dengan persembahan tausyeh dan nasyid oleh Belia Masjid Kampung Perpindahan Mata-Mata, Gadong; bacaan puisi Islam oleh Belia Masjid Kampung Sungai Buloh; persembahan Kalam Jama’ie oleh belia Masjid Sultan Sharif Ali, Sengkurong; persembahan hadrah oleh Belia Masjid Kampung Perpindahan Serasa; serta persembahan tausyeh oleh Beliawanis Balai Ibadat Mukim Saba.

Hadir menyaksikan pementasan berkenaan ialah Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Awang Roslan bin Haji Taja’ah dan isteri, para pengarah dan pegawai kanan di KHEU dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Persembahan hadrah daripada Belia Masjid Kampung Perpindahan Serasa.
Persembahan hadrah daripada Belia Masjid Kampung Perpindahan Serasa.
Persembahan tausyeh daripada Belia Masjid Kampung Perpindahan Mata-Mata, Gadong.
Persembahan tausyeh daripada Belia Masjid Kampung Perpindahan Mata-Mata, Gadong.

Malam Silaturahim Belia-Belia Masjid itu bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama belia-belia masjid di samping sebagai wadah pendedahan para belia dalam aktiviti keagamaan.

Acara itu juga memberi peluang kepada para belia menunjukkan bakat-bakat mereka berunsurkan keislaman, selain dihasratkan untuk mengetengahkan para belia supaya berani tampi ke hadapan dalam perkara-perkara kebajikan.