Acara keagamaan semarakkan Awal Tahun Hijrah

Acara keagamaan semarakkan Awal Tahun Hijrah

Oleh Ampuan Irma Susanti

 

TEMBURONG, 13 Okt – Bagi menyambut kedatangan Awal Tahun 1437 Hijrah, umat Islam di daerah ini juga tidak melepaskan peluang berhimpun dalam mengadakan acara keagamaan dengan tumpuan utama di Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar, hari ini, di sini.

Hadir turut serta dalam acara keagamaan ini ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Sulaiman bin Haji Ahad yang juga selaku Penghulu Mukim Bangar.

Turut hadir ialah ketua-ketua kampung dan penduduk sekitarnya.

Acara disemarakkan dengan menunaikan solat sunat berjemaah, bacaan Doa Akhir Tahun Hijrah, sembahyang Fardu Maghrib dan Isyak berjemaah dan seterusnya bacaan Doa Awal Tahun Hijrah yang dipimpin oleh imam Masjid Utama Mohammad Salleh, Haji Shafrillah bin Haji Ahmad.

Acara seumpamanya juga diadakan serentak di masjid-masjid, surau-surau dan balai-balai ibadat di daerah ini.

Solat sunat berjemaah yang dipimpin oleh imam Masjid Utama Mohammad Salleh.
Solat sunat berjemaah yang dipimpin oleh imam Masjid Utama Mohammad Salleh.

ARTIKEL YANG SAMA