Acara keagamaan serikan rukyah

Acara keagamaan serikan rukyah

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Jun – Bagi menunggu hasil merukyah awal bulan Ramadan 1437 Hijrah, bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, bacaan tahlil, doa arwah serta doa selamat diadakan di Dewan Multaqa, Bangunan Baru Kementerian Hal Ehwal Ugama hari ini.

Ayat-ayat suci Al-Quran dibacakan oleh dua orang penuntut Sekolah Menengah (SM) Arab Laki-laki Hassanal Bolkiah, Awang Mohammad Rohaidi bin Haji Johadi dan Awang Abdul Hafiz bin Haji Abdul Kadiroshman.

Majlis itu dihadiri Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

Turut hadir ialah Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, para jemputan lainnya, setiausaha tetap dan timbalan setiausaha tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Majlis diteruskan dengan solat fardu Maghrib berjemaah diimamkan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid di Jabatan Hal Ehwal Masjid, Haji Hanafi bin Haji Zaini.

Solat berjemaah menyemarakkan majlis menunggu hasil rukyah.
Solat berjemaah menyemarakkan majlis menunggu hasil rukyah.
Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh dua pelajar SM Arab Laki-laki Hassanal Bolkiah.
Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh dua pelajar SM Arab Laki-laki Hassanal Bolkiah.

Hasil merukyah diumumkan secara langsung di Radio dan Televisyen Brunei yang menetapkan 1 Ramadan akan disambut pada Selasa, 7 Jun dan solat sunat Tarawih dan Witir serta bertadarus akan bermula malam esok selepas solat fardu Isyak.

Lokasi merukyah hari ini ialah Menara DST di Lebuh raya Tungku; Bukit Agok di Jerudong, Daerah Brunei dan Muara; Bukit Ambok di Daerah Tutong dan Bukit Lumut di Daerah Belait.

ARTIKEL YANG SAMA